top of page

Tips Melancong Murah ke Sabah

Salam Sejahtera semua.

Kali ni Attiq Travel nak kongsikan cara untuk dapatkan harga tiket flight untuk pelancongan ke Sabah lebih murah daripada biasa. Mungkin sebilangan pelancong yang biasa melancong ke Sabah tahu tentang trick ini, tapi bagi kami ada keperluan untuk kami dedahkan salah satu cara yang senang untuk melancong ke Sabah dengan kos yang lebih rendah. Sekarang pun sempadan negara belum dibuka akibat penularan COVID-19 yang melanda dunia, apakata kita rancakkan industri perlancongan tempatan.

Infografik diatas mengenai tips melancong murah ke Sabah sangat ringkas untuk difahami. Untuk yang masih tak faham, kami akan terangkan lebih terperinci mengenai tips melancong murah ke Sabah.


Langkah 1: Layari laman web Airasia : https://www.airasia.com/en/gb

Langkah 2: Pilih SNAP untuk mode carian tiket.

Langkah 3: Pilih lapangan terbang berlepas anda & tetapkan lapangan terbang mendarat anda di Kota Kinabalu (BKI). Tetapkan tarikh percutian 3hari 2 malam anda pada tarikh penerbangan anda. Jangan lupa letak berapa bilangan orang untuk kumpulan anda. Click 'search'.

Langkah 4: Pilih waktu penerbangan pergi dan balik anda. dibawah screen akan tertulis harga tiket penerbangan anda. Click ' continue'.

Langkah 5: Window carian hotel akan keluar disebelah kiri screen. tetapkan tarikh penginapan anda pada malam kedua.

Contoh: saya bercuti 1/8/2020-3/8/2020. Saya tetapkan tarikh penginapan pada 2/8/2020-3/8/2020.

Langkah 6: Tetapkan berapa bilangan bilik yang anda perlukan. Cadangan kami, tetapkan 2 orang untuk menginap dalam 1 bilik. Click 'search' dan skrol kebawah. Anda boleh pilih untuk menginap di hotel yang tertera didalam senarai.

Langkah 7: Click pada hotel pilihan anda dan skrol kebawah untuk pilih jenis bilik yang anda mahukan. Selesai memilih, click 'done'.

Langkah 8: Anda akan kembali ke window 'add on' Luggage, Inflight meal & pilihan tempat duduk. Setelah selesai memilih, click 'continue' dan mula mengisi maklumat untuk tiket dan proses pembayaran.

Langkah 9: Hubungi kami dengan click link ini untuk dapatkan pakej ground di Sabah:


Nak buat apa melancong ke Sabah ni? Biasanya melancong ke Sabah akan melawat Kundasang. Melancong ke Kundasang banyak tempat menarik & boleh dikategorikan antara tempat tanah tinggi yang seronok kerana boleh ambil gambar cantik-cantik. Kepada yang risau sesat semasa melancong ke Sabah, jangan risau kerana akan ditemani oleh guide/driver yang berasal dari Sabah. Peramah & baik hati orangnya. Tunggu Apa Lagi? Jom Melancong ke Sabah!!!

79 lihatan0 komen

Comments


bottom of page